Friday, July 26, 2013

Dunia Sains : LOGAMAYA

Assalamualaikum semua..kali ini cikgu nak memperkenalkan satu segmen khas dalam blog cikgu. segmen ini namanya "dunia sains bersama cikgu nunu"

sebenarnya, sudah lama cikgu nak buat blog teaching. cuma, cikgu rasa
masih belum berkesempatan lagi. I try to create another blog which it is my blog teaching. Tapi, cikgu rasa cikgu tak dapat nak manage two blogs at the same time. I still care bout this blog. Yes , it is personel sikit kan tapi my heart of blogging still kat sini. Jadi, biarlah I jaga blog ini je …he he he 
Ok, back to the topic..

Untuk segmen pertama dunia sains bersama cikgu nunu kali ini, cikgu nak cerita tentang logamaya.Dalam bahasa inggeris dipanggil "mirage".Logamaya ye bukan lunamaya..he he he
Pernah tak masa korang bawak kereta, motor atau lori tengah tengah panas dan kering. Pastu korang akan perasan macam ada kelopak air. Cuba korang ingat.pernah tak? 

Sebenarnya, ia bukanlah kelopak air . it is a magic…he he he.It is  a natural optical illusion. Ia dipanggil logamaya.

fenomena logamaya.
gambar dari google
Logamaya terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya. In English, we called light refraction. 

Sebenarnya, cahaya adalah gelombang.
Sifat gelombang adalah ia mesti merambat(melalui) melalui satu medium.Medium di sini adalah "udara".




Cahaya akan bergerak lurus sahaja kalau suhu udara sama sahaja. Apa yang korang lihat dalam logamaya, suhu udaranya tidak sama iaitu melibatkan udara sejuk dan udara panas.

Jadi, apabila cahaya merambat (melalui) udara yang berlainan suhu (maksudnya ada udara panas dan udara sejuk), maka cahaya akan dibiaskan.

Jika dilihat dari aspek ketumpatan, udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas. 

*info tambahan : Cahaya akan bergerak laju dalam udara panas kerana ia kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk.


Jom kita kaitkan lagi fenomena logamaya atau mirage ini dengan kitab suci al=quran.
Di dalam surah annur,

Yang bermaksud “Terjemahan: Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkakannya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkakannya) dan ia tetapi mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalas nya) dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Maksudnya ayat di atas ialah adapun usaha orang-orang kafir,meskipun kelihatannya baik, tetapi tidak ada pahalanya pada Allah, malahanusahanya itu seperti bayangan panas di padang pasir, kelihatan dari jauhseolah-olah air yang jauh nampaknya, tetapi apabila dihampiri tidakberjumpa air tersebut (Al-Quran dan terjemahan, 1971

(sumber daripada  
Penggunaan Bahasa Kiasan Al-Quran Sebagai Kaedah BerdakwahDalamMenangani Masalah Gejala Sosial Remaja  oleh Sapora Sipon (PhD) dari Fakulti Kepimpinan dan PengurusanUniversiti Sains Islam Malaysia


Bayangan panas di padang pasir, kelihatan dari jauh seperti air, tetapi bila dihampiri tidak berjumpa air tersebut ...Tidakkah dalam Al-Quran telah  menggambarkan logamaya..

Beberapa websites yang mempunyai Info lebih lanjut tentang logamaya :
  1. physics,org 
  2. physics classroom

  3. scientific american  
last note!insyallah, ada kelapangan cikgu akan cerita lagi tentang logamaya dengan details ye

No comments:

Post a Comment

thanks you for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015